Keretapi Tanah Melayu

Keretapi Tanah Melayu
کريتاڤي تانه ملايو
Logo
Peta sistem
LokasiSemenanjung Malaysia
 Malaysia
Tarikh operasi
1948–kini
Tolok landasan
1 (Rel meter)
Panjang1,699 kilometer (1,056 bt)
Ibu pejabat
Kuala Lumpur
Laman sesawang
http://www.ktmb.com.my/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keretapi Tanah Melayu Berhad (singkatan: KTMB; Jawi: كريتاڤي تانه ملايو برحد) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia (West Malaysia). Sejarah KTMB bermula sejak era zaman penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan.

Sebelum ini, KTMB dikenali sebagai Federated Malay States Railway (dalam bahasa Melayu: Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) dan Malayan Railways Administration (dalam bahasa Melayu: Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu). Pentadbiran ini mendapat nama "Keretapi Tanah Melayu" pada tahun 1962. Pada tahun 1992, KTM disyarikatkan walaupun masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

KTMB berkhidmat di lebih 100 stesen di 10 negeri Semenanjung Malaysia dan negara Singapura, di rangkaian landasan keretapi sepanjang 1,677 km. Semua landasan KTMB menggunakan tolok landasan meter (1,000 mm) dan kira-kira 700km landasan tersebut adalah dielektrikkan. Pada tahun fiskal 2018, KTMB berkhidmat dengan 39.5 juta penumpang dan 5.7 juta tan kargo.[1]


  1. ^ "Statistik Trafik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), 2018" (PDF). Kementerian Pengangkutan Malaysia. 2018. Dicapai pada 12 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search